Sunday, January 2, 2011

Permulaan Tahun Masihi

Akhirnya, bumi telah selamat mengelilingi matahari selama 365 hari iaitu selama setahun, maka berakhirlah tahun 2010 dengan penuh kenangan suka duka, sedih gembira dan macam-macam lagi.

Kini, bermulanya kisah tahun 2011. Tahun ini usia Aku bukan lagi dalam belasan tahun, selamat tinggal zaman TEENAGER. Umur nak naik angka 2 sudah, jadi bersedialah menjadi seorang yang dewasa, seorang yang matang, seorang yang boleh buat keputusan sendiri, seorang yang tahu menilai perkara yang baik dan buruk, semoga dalam usia yang meningkat naik ini, kita semua menjadi insan yang berguna agar kehidupan dapat berubah daripada negatif kepada arah yang lebih positif.

Antara angka-angka yang menarik untuk tahun ini adalah seperti : -

  • 01.01.2011
  • 11.01.2011
  • 01.11.2011
  • 11.11.2011
  • 20.11.2011
Jadi, kepada sesiapa yang ingin melangsungkan perkahwinan, bolehlah memilih tarikh-tarikh ini sebagai hari berbahagia anda.


p/s : sepatutnya blog ini di-update semalam iaitu 01.01.2011, tapi Aku terlupa pula. Heheh.. :-)

No comments:

Post a Comment