Thursday, December 16, 2010

Akhir sebuah cerita. ~

Akhirnya, setelah menempuhi hari-hari peperiksaan yang penuh dengan cabaran, kini Aku bukan lagi seorang pelajar sekolah, Aku sudah boleh dikatakan BEKAS pelajar sekolah.

Hari terakhir memakai baju sekolah, hari terakhir menjejakkan kaki ke sekolah, hari terakhir duduk di dalam kelas, segala-galanya tentang sekolah semuanya menjadi hari terakhir.

Perasaan itu bercampur baur, Aku tidak tahu mahu bersedih atau bergembira. Namun, perasaan itu tetap ada. Rasa air mata hendak menitik pun ada, tapi Aku tahankan saja.

Kami berpelukan antara satu sama lain, saling menasihati supaya jaga diri, jumpa lagi dan macam-macam pesanan yang biasa didengar saat menemui detik perpisahan.


~ Kerana ilmu kita bertemu
Kerana perkenalan ukhwah terjalin
Kerana cita-cita perpisahan akan terjadi. ~


Akan Aku rindui saat-saat manis dan pahit yang telah dilalui waktu Kisah Zaman Persekolahan. ~

No comments:

Post a Comment