Thursday, March 31, 2011

Usah mengeluh !

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan ,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak mempunyai apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk dalam hidupnya.

Sebelum anda mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan agar dikirimkan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum anda mengeluh tentang anak-anak anda,
Fikirkan tentang seseorang yang teringin mempunyai cahaya mata.

Sebelum kita menuding jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tiada seorang manusia pun yang tidak mempunyai dosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

p/s : Jangan kau lupa pada rumput yang kau pijak saat kau memandang langit yang tinggi itu.

No comments:

Post a Comment