Tuesday, October 6, 2009

Diriku yang hina..

Hadirnya dirimu tanpa dijangka..
Perginya dirimu tanpa kata..

Biarlah aku pergi dari hidupmu..
Biarlah aku sendirian tanpa dirimu..
Biarlah aku dengan hariku yang sepi tanpa dirimu..
Biarlah aku yang menanggung seksa itu tanpa dirimu..

Biarlah aku dicaci dan dihina hanya kerana diriku..
Janganlah aku dipuji dan disanjung kerana bukan diriku..

Ku tak ingin dirimu dicaci dan dihina hanya kerana aku..
Ku tak ingin dirimu menanggung seksa dan beban itu kerana aku..
Ku tak ingin hidupmu berada di dalam dilema hanya kerana aku..

Hadirnya diriku dalam hidupmu tidak seharusnya berlaku..
Hapuskanlah ingatanmu terhadap diriku untuk selama-lamanya..
Hanya dengan itu hidupmu tidak perlu lagi berada dalam kepura-puraan..

Percayalah bahawa diriku tidaklah sesempurna yang lain..
Aku juga insan biasa yang mempunyai kelemahan diri..
Walaupun sukar akan ku tempuhi jua hidup ini..

Namun,semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Perkara yang berlaku pasti dapat mematangkan kita dan janganlah diulangi kesilapan lalu..
Bersyukur pada Illahi kerana diberikan ujian dan dugaan sedemikian..
Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku..
Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada-Mu..
Dan yang buruk itu adalah daripada hamba-Mu yang lemah ini..
Semua berlaku atas ketentuan-Mu Ya Allah..

No comments:

Post a Comment