Saturday, August 18, 2012

Lebaran di Aidilfitri !

Baiklah !
Kini sudah tiba masa yang sesuai untuk ku lafazkannya !

Berlalulah sudah Ramadan,
Sebulan berpuasa,
Tiba Syawal kita rayakan,
Dengan rasa gembira !



********

Oh, anak bulan Syawal sudah kelihatan menandakan
bulan Ramadan yang penuh mulia telah berlalu pergi meninggalkan kita !

Bercerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri,
pastinya yang paling sibuk membuat persiapan ialah suri rumah tangga sepenuh masa mahupun yang separuh masa. #Eh ?

Dalam kesibukan membuat persiapan itu ini dalam meraikan Syawal yang datang, perlu diingatkan bahawa bersederhanalah dalam apa-apa jua yang dilakukan.
Sederhana itukan lebih indah. Tak gitu ?

********

Hari Raya bukanlah hanya pada kuih raya yang beraneka jenis,
Hari Raya bukanlah hanya pada hiasan rumah yang cantik belaka,
Hari Raya bukanlah hanya pada baju cantik, tudung cantik, songkok cantik ataupun kasut yang cantik. *Berapa banyak cantik daaa ?*

Dalam kita menikmati juadah yang menyelerakan,
ada insan yang masih menanggung kelaparan dek kerna kemiskinan.
Dalam kita bersenang-lenang di teratak nan indah yang dihias,
ada insan yang masih bergelandangan tanpa ada tempat berteduh.
Dalam kita melaram dengan pakaian cantik-cantik,
ada insan yang tidak mempunyai sehelai pun pakaian yang bersih apatah lagi pakaian baru.

Ingatlah, hulurkan bantuan pada yang memerlukan,
kerna dalam harta yang dimiliki itu pasti ada bahagian orang lain.
Oleh itu, tunaikanlah zakat fitrah, bersedekahlah pada yang memerlukan !

********

Eh, panjang juga tazkirah yang aku bagi nie !
Hihihih..



Akhir kata,

Taqabballallahu Minna Wa Minkum,
Kullu Aamiin Wa Antum Bi Khair.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon Maaf Zahir dan Batin !

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadan Al-Mubarak

Betapa berat pun dugaan yang melanda,
betapa dahsyat pun ujian yang tiba,
hanya kekuatan iman dan semangat yang mampu menongkah arus kepayahan.


Jangan pernah berputus asa menghadapainya 
kerana 
walau lebat mana sekalipun hujan pasti akan ada matahari selepasnya,
walau segelap manapun malam pasti ada sinar rembulannya.


Sabarlah,
hanya orang-orang yang sabar yang merasai kemanisannya.


Selamat berjuang dalam hidup !




Salam Ramadan Kareem 1433H ! :)
Puasa jangan tak puasa !



Monday, June 4, 2012

Mendung berarak lalu !

Assalamualaikum kawan-kawan.. Bertemu lagi kita pada pagi nan indah dengan awan-awan yang menutupi langit biru menyembunyikan sang mentari ! Oh, tiada peluang matahari memancarkan sinarnya pagi ini.

It seems to be a cloudy morning today 5th June ! :)


Oh la laa.. Bulan peperiksaan kini kembali lagi ! Minda bakal diuji setelah hampir empat belas minggu berkuliah ! Bersediakah anda ? Bolos saja dinding ituuu ! Hihih.. Eh, patutnya 'Bolos saja paper ituuu!'

Peperiksaan saya bermula 6 Jun sehinggalah 22 Jun. Minggu kedua peperiksaan memang tough lah bro wa cakap sama lu. Isnin hingga Khamis ada paper, Rabu pula pagi petang ada paper. Aiyaeyaee..

-----------------------------------------------

Terasa untuk menulis sesuatu dan meluahkan sesuatu. Maka, muncullah coretan pada blog ini tika ini. :)


Tiap kali pabila mendengar lagu Bila Aku Jatuh Cinta yang dinyanyikan oleh Awi Rafael mesti akan teringatkan Kuala la la Lumpur. Kenapa ? Sebabnya pertama kali dengar lagu nie semasa saya berada di Tanah Malaya. :)

Terbuai jauh perasaan ini mendengar lagu BAJC. Ceehhh..

Alright, what else ? Ermm.. I think thats all ! We'll meet again sooner or later ! :D

Wednesday, May 30, 2012

Aku kembali menaip di alam maya !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam 1 UMS Kampus Ceria !

Waahhh.. Panjang gilak ucapan alu-aluan itu ! Alamak.. Terlebih sudah ! Hahahah..

Setelah sekian lama tidak menaip apa-apa di blog ini, kini ku kembali ! Ceehhh.. Macamlah ada orang kisah kan ? Tajuk post pun macamlah berkurun lama tidak menaip di alam maya ! Padahal, tiap-tiap hari juga social networking ! Hihih..

I have many things to share and to write it here ! But then, I don't have much time to spend it here ! Aisehmen.. Menghadap facebook dan twitter banyak masa pula kaannn ?

Hampir setengah tahun tidak log in www.blogspot.com, punyalah banyak perubahan sudah ! Sampai home page ini pun berubah wajah sudah ! Terkapai-kapai tadi mencari buttons itu dan ini !

Alaaaa.. Mau yang dulu punya, senang mau cari ! Okay, cukup mengarut !

What else ? Eeemmm.. Lamaaaaaaa gilak tidak blogging ! Miss me ? Hahahahah :D

Bah, sampai di sini saja coretan saya ! Jika ada masa terluang, akan ku kembali padamu duhai Permaisuri Hati ! :)

Saturday, August 6, 2011

Aku Juga Merinduimu

Seandainya
ada rindu menjelma
pandanglah aku di sana
yang mencarimu tiap masa

Seandainya
hatimu dirundung sepi
melangkahlah ke sini
aku sentiasa menanti
bersama jawapan yang pasti

Seandainya
ada kasih yang bertunas
janganlah sesekali mencantas
pasti rasa itu ku balas
takkan ku biar ia terbias

Seandainya
resah itu mengundang sendu
katakanlah padaku apa yang berlaku
agar aku tahu
di segenap pelusuk hatimu
apa yang mengganggu

Seandainya
kamu bisa mengerti
bicaraku ini di setiap puisi
pastinya
kamu akan memahami
betapa
aku juga merindui

Saturday, July 30, 2011

A journey to begin soon..

Everything will be change soon..

Soon, I'm no longer a teenager.. But, still I feel sooo young ! What the fish lah I'm talking about.. Hahah..

Masa ada lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum saya berangkat ke destinasi yang akan menentukan masa hadapan saya. Dalam masa lebih kurang sebulan ini, macam-macam perkara perlu diselesaikan, diuruskan, dilangsaikan, dikerjakan, yang pastinya semua kata kerja "di+kan" perlu dibuat..

Tak lama lagi, usia bakal meningkat ke angka puluhan, bukan lagi belasan tahun.. Namun, adakah usia itu semakin meningkat atau semakin singkat ? Hidup di dunia ini hanya sementara, akhirat jua kekal selamanya.. Allahhu Akbar..

Lama juga meninggalkan laman kesayanganku ini, bersarang tebuan sudah.. Heheh.. Menaip sorang-sorang nie sambil bercakap juga, melayan perasaan.. Hmmm..

Agaknya, bagaimanalah rupanya hari mendatang itu ?


Thursday, May 12, 2011

Salam” border=”0″>
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Thursday, March 31, 2011

Usah mengeluh !

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan ,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak mempunyai apa-apa untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak mempunyai apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk dalam hidupnya.

Sebelum anda mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan agar dikirimkan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum anda mengeluh tentang anak-anak anda,
Fikirkan tentang seseorang yang teringin mempunyai cahaya mata.

Sebelum kita menuding jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tiada seorang manusia pun yang tidak mempunyai dosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

p/s : Jangan kau lupa pada rumput yang kau pijak saat kau memandang langit yang tinggi itu.

Monday, February 28, 2011

Februari Tahun Masihi

Oh, akhirnya si Februari yang ada 28 hari akan melabuhkan tirainya.

Coretan yang lalu dibuat masa awal bulan Januari, kali ini coretan dibuat akhir bulan Februari. Kesian blog aku terbiar, kalaulah ini rumah aku yang aku jarang sekali menjenguk keadaannya, sudah pasti sang labah-labah tumpang serumah membina rumahnya dalam rumahku. Hahaha..

February is all about STPM's RESULT. Syukur Ya Allah, keputusan yang diperoleh agak memuaskan hati. Rezeki Allah bagi setimpal dengan usaha yang kita beri. Terkejut pun ada, terhairan pun ada, terkilan pun ada, macam-macam ada..

Minggu terakhir dalam bulan Februari merupakan minggu kekeliruan perasaan. Tahap ke'stress'an yang dialami meningkat dengan mendadak. Banyak sungguh berita yang diterima dalam satu masa membuatkan orang kadang-kadang tidak tahu macam mana untuk mengekspresikan perasaan. Wow.. Bunga-bunga cinta punya ayat sudah keluar. Habis laa..

Setelah hampir dua bulan lebih 'merehatkan diri' menjadi 'perawan' di rumah, tiba masanya kita yang tiada kerja ini untuk mencari kerja. 'Kau nie tiada kerja mau cari kerja kah ?' - 'Eh, mestilah.. Bulan-bulan ada juga yang ditunggu.' <-- Agak lucu mendengar ayat ini.


p/s : Eh, sejak bila blog ini sudah menjadi 'diari dalam talian - online diary' si tuan 'tanah' ?

Sunday, January 2, 2011

Permulaan Tahun Masihi

Akhirnya, bumi telah selamat mengelilingi matahari selama 365 hari iaitu selama setahun, maka berakhirlah tahun 2010 dengan penuh kenangan suka duka, sedih gembira dan macam-macam lagi.

Kini, bermulanya kisah tahun 2011. Tahun ini usia Aku bukan lagi dalam belasan tahun, selamat tinggal zaman TEENAGER. Umur nak naik angka 2 sudah, jadi bersedialah menjadi seorang yang dewasa, seorang yang matang, seorang yang boleh buat keputusan sendiri, seorang yang tahu menilai perkara yang baik dan buruk, semoga dalam usia yang meningkat naik ini, kita semua menjadi insan yang berguna agar kehidupan dapat berubah daripada negatif kepada arah yang lebih positif.

Antara angka-angka yang menarik untuk tahun ini adalah seperti : -

  • 01.01.2011
  • 11.01.2011
  • 01.11.2011
  • 11.11.2011
  • 20.11.2011
Jadi, kepada sesiapa yang ingin melangsungkan perkahwinan, bolehlah memilih tarikh-tarikh ini sebagai hari berbahagia anda.


p/s : sepatutnya blog ini di-update semalam iaitu 01.01.2011, tapi Aku terlupa pula. Heheh.. :-)

Thursday, December 16, 2010

Akhir sebuah cerita. ~

Akhirnya, setelah menempuhi hari-hari peperiksaan yang penuh dengan cabaran, kini Aku bukan lagi seorang pelajar sekolah, Aku sudah boleh dikatakan BEKAS pelajar sekolah.

Hari terakhir memakai baju sekolah, hari terakhir menjejakkan kaki ke sekolah, hari terakhir duduk di dalam kelas, segala-galanya tentang sekolah semuanya menjadi hari terakhir.

Perasaan itu bercampur baur, Aku tidak tahu mahu bersedih atau bergembira. Namun, perasaan itu tetap ada. Rasa air mata hendak menitik pun ada, tapi Aku tahankan saja.

Kami berpelukan antara satu sama lain, saling menasihati supaya jaga diri, jumpa lagi dan macam-macam pesanan yang biasa didengar saat menemui detik perpisahan.


~ Kerana ilmu kita bertemu
Kerana perkenalan ukhwah terjalin
Kerana cita-cita perpisahan akan terjadi. ~


Akan Aku rindui saat-saat manis dan pahit yang telah dilalui waktu Kisah Zaman Persekolahan. ~

Thursday, November 11, 2010

STPM 2010

Jadual Peperiksaan

23 November 2010 - Pengajian Am 2

24 November 2010 - Pengajian Perniagaan 1
Bahasa Melayu 2

30 November 2010 - Pengajian Perniagaan 2

6 Disember 2010 - Pengajian Am 1

8 Disember 2010 - Sains Sukan 1

15 Disember 2010 - Sains Sukan 2
Bahasa Melayu 1

p/s : InsyaAllah, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Amin :)

Monday, July 26, 2010

If I let you go

Day after day
Time pass away
And I just can´t get you off my mind
Nobody knows I hide it inside
I keep on searching but I can´t find
The courage to show
To letting you know
I´ve never felt so much love before
And once again I´m thinking about
Taking the easy way out..

But if I let you go
I will never know
What my life would be
Holding you close to me
Will I ever see
You smiling back at me
How will I know?
If I let you go..

Night after night
I hear myself saying
Why can´t this feeling just fade away?
There´s no one like you
You speak to my heart
It´s such a shame we´re worlds apart
I´m too shuy to ask
I´m too proud to lose
But sooner or later I gotta choose
And once again I´m thinking aboutTaking the easy way out..

If I let you go..

Tuesday, May 25, 2010

Ku Ada Kamu

Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan,
Kau suluhkan sinar petunjuk,
Di kala ku kesedihan,
kau ukirkan senyuman,
Dengan penuh sabar memujuk,

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh.

Andai hari esok langit akan runtuh,
Tabahlah menjunjung bersamaku,
Andai hari esok dunia gelora,
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu.

Di kala aku tak pasti,
Kau tampil dengan berani,
Membimbing agar lebih yakin,
Dan bila hidup penuh soalan,
Kau berikan jawapan,
Melengkap semua kekurangan...

Tidak mungkin diri ini mampu,
Hidup tanpa doronganmu,


Thursday, March 4, 2010

Takkan Berhenti

Andai aku bisa merubah
hatimu yang dingin membeku
belum maafkan aku

Ku tahu hatimu terluka
tak perlu memaksa bibirmu
ucap kata cinta
ku tetap menunggu

Bawalah hatiku ke mana saja kau jejak
biar jauh di mata kasihku takkan hilang
aku rela menahan rajukmu
walau sehingga
seribu hari
ku takkan berhenti
mencintai

Andai waktu bisa kuulang
tak ku pilih untuk melangkah
oh berjauhan denganmu
bagaimana bisa kupujuk
agar jantung kembali tenang
menahan tangismu
ku sayangkan padamu

Masih terbayang
renungan mata mendebarkan jiwa
tak bisa kulawan rasa yang tersimpan
masih membara
bertahun lama
hariku kan lebih sempurna
bila kita bersama

Oh biar jauh
takkan hilang
takkan berhenti

Tuesday, January 19, 2010

Mengintai Langit

Setiap hariku tulis
Yang Ku telah jatuh cinta
Tapi ku rasa bersalah
Tidak ku nyatakan padamu....
Adakah engkau merasa
Apa yang sedang kurasa
Kepada tancap asmara
Harapnya kau dah terima

Maafkan aku kerna menyintamu
Maaf jikaku tak padan denganmu
Tapi ku berjanji
Kau juita hati
Akan ku jaga hingga akhir nanti

Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Didalam hujan renyai
Aku mengintai langit
Mengharap engkau akan setuju
Menyintai aku....

Menyanyi dan bisikkanlah sayang
Baiknya kau dalam jiwa
Tak tahan rasanya menanggung kasmara
Agar dapatku lelapkan mata...
Mengkhayalkanmu, bermimpikanmu sepanjang malamku...

Thursday, November 5, 2009

Hati ini telah dilukai

Semalaman terkenangkan dirimu
Mengalir air mataku membasahi pipi
Mengapa kau sanggup meninggalkan diriku
Sedangkan kau tahu perasaan ini

Kau berjanji akulah kekasihmu
Sanggupku singkirkan semua cinta yang lalu
Tidak ku duga ini akan terjadi
Kata perpisahan yang kau pinta

Biarkanlah
Biarkan aku hidup sendirian
Tak ingin ku mengenangkan kisah lama

Biarkanlah
Biarkan aku hidup sendirian
Kerana hati ini telah dilukai

Sunday, October 25, 2009

Perasaanku

Hujan yang turun saat ini
bagai memahami perasaanku..
Andai aku berjalan dalam hujan,
tiada yang akan sedar bahawa aku sedang menangis..

Adakalanya aku rasa ia benar..
Adakalanya aku rasa ia tipu..

Jika hanya untuk mempermainkan perasaanku ini..
Lupakanlah..

Yang sebenarnya adalah sebaliknya dan itulah yang sebenarnya..
Perkara yang paling ditakuti akan berlaku akhirnya terjadi..

Sunday, October 11, 2009

ABC 123

A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
R
S
T
U
V
W
X
Y
Z

Tuesday, October 6, 2009

Diriku yang hina..

Hadirnya dirimu tanpa dijangka..
Perginya dirimu tanpa kata..

Biarlah aku pergi dari hidupmu..
Biarlah aku sendirian tanpa dirimu..
Biarlah aku dengan hariku yang sepi tanpa dirimu..
Biarlah aku yang menanggung seksa itu tanpa dirimu..

Biarlah aku dicaci dan dihina hanya kerana diriku..
Janganlah aku dipuji dan disanjung kerana bukan diriku..

Ku tak ingin dirimu dicaci dan dihina hanya kerana aku..
Ku tak ingin dirimu menanggung seksa dan beban itu kerana aku..
Ku tak ingin hidupmu berada di dalam dilema hanya kerana aku..

Hadirnya diriku dalam hidupmu tidak seharusnya berlaku..
Hapuskanlah ingatanmu terhadap diriku untuk selama-lamanya..
Hanya dengan itu hidupmu tidak perlu lagi berada dalam kepura-puraan..

Percayalah bahawa diriku tidaklah sesempurna yang lain..
Aku juga insan biasa yang mempunyai kelemahan diri..
Walaupun sukar akan ku tempuhi jua hidup ini..

Namun,semua yang berlaku pasti ada hikmahnya..
Perkara yang berlaku pasti dapat mematangkan kita dan janganlah diulangi kesilapan lalu..
Bersyukur pada Illahi kerana diberikan ujian dan dugaan sedemikian..
Ya Allah,ampunkanlah dosa-dosaku..
Sesungguhnya yang baik itu adalah daripada-Mu..
Dan yang buruk itu adalah daripada hamba-Mu yang lemah ini..
Semua berlaku atas ketentuan-Mu Ya Allah..