Saturday, August 18, 2012

Lebaran di Aidilfitri !

Baiklah !
Kini sudah tiba masa yang sesuai untuk ku lafazkannya !

Berlalulah sudah Ramadan,
Sebulan berpuasa,
Tiba Syawal kita rayakan,
Dengan rasa gembira !



********

Oh, anak bulan Syawal sudah kelihatan menandakan
bulan Ramadan yang penuh mulia telah berlalu pergi meninggalkan kita !

Bercerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri,
pastinya yang paling sibuk membuat persiapan ialah suri rumah tangga sepenuh masa mahupun yang separuh masa. #Eh ?

Dalam kesibukan membuat persiapan itu ini dalam meraikan Syawal yang datang, perlu diingatkan bahawa bersederhanalah dalam apa-apa jua yang dilakukan.
Sederhana itukan lebih indah. Tak gitu ?

********

Hari Raya bukanlah hanya pada kuih raya yang beraneka jenis,
Hari Raya bukanlah hanya pada hiasan rumah yang cantik belaka,
Hari Raya bukanlah hanya pada baju cantik, tudung cantik, songkok cantik ataupun kasut yang cantik. *Berapa banyak cantik daaa ?*

Dalam kita menikmati juadah yang menyelerakan,
ada insan yang masih menanggung kelaparan dek kerna kemiskinan.
Dalam kita bersenang-lenang di teratak nan indah yang dihias,
ada insan yang masih bergelandangan tanpa ada tempat berteduh.
Dalam kita melaram dengan pakaian cantik-cantik,
ada insan yang tidak mempunyai sehelai pun pakaian yang bersih apatah lagi pakaian baru.

Ingatlah, hulurkan bantuan pada yang memerlukan,
kerna dalam harta yang dimiliki itu pasti ada bahagian orang lain.
Oleh itu, tunaikanlah zakat fitrah, bersedekahlah pada yang memerlukan !

********

Eh, panjang juga tazkirah yang aku bagi nie !
Hihihih..



Akhir kata,

Taqabballallahu Minna Wa Minkum,
Kullu Aamiin Wa Antum Bi Khair.

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon Maaf Zahir dan Batin !

No comments:

Post a Comment